Saturday, 8 September 2012

SAMSUNG GALAXY S3 MADE IN CHINA

Al kisah...semalam katanya...seorang sahabat mengatakan kawannya dh terbeli s3 made in china..so perkara yg biasa berlaku..cumaa...tetiba pagi2 waktu aku sibuk nk wat keje part time kat opis,membe dtg bawak hp n model yg sama.....yeesss..time to projectt!!

Sedaya upaya aku menggodek untuk pastikan samada ori atau x...memang sebijikkkk...susah nak pastikan..
So aku teringat suggestion dr membe yg mula2 menceritakan bab ni supaya guna BENCHMARK apps (sejenis apps yg korang leh tgok keupayaan n kepoweran hp korang)..
so aku pun tryyy...apa keputusannya ?

Aku guna kan ANTUTU BENCHMARK ... keputusan yg aku dapat apabila dibezakan ngn model samsung note.


Ce tengok pic atas...cmna model s3(kiri) xleh beat ngn note sedangkan rangking terkini ialah s3?? tgok pic bawah...ranking android hp yg superb


kat sini je dh kantoi...sepatutnya s3 tu mesti lebih dari 6059 galaxy note tu...ni cmna bleh 3816 jeee???
menunjukkan bukan samsung yg sebenorrr...dan lg satu yg paling mudah..ANTUTU BENCHMARK xdetect device.. ce tgok bawah ni...haaaaaaaa


so berhati2 la ketika membeli..jgn kerana 1200 hengget kamu terbeliak mata sedangkan hnya membeli "made in china"... satu pujian untuk si pereka sbb buat sebijik macam asal. sedikit perbezaan yang ketara hanya..

* background belakang (asal) nampak pudar
* buka kt belakang n tgok batery n keadaan body yg simple..xde tulis pape..n batery yg bertulis SUNSANG..bukan SAMSUNG....

tp..utk kegunaan seharian sbenarnya ok gak pakai...cuma nasihat kepada yg gatal tangan

JANGAN LAKUKAN SEBARANG MODIFIKASI PADA ROM..SBB MODEL NI MMG ANDROID 4.0.4..TP BUKAN MENGIKUT MODEL ASLI...SO,BERSEDIA UNTUK BUAT SENDAL PINTU KALAU TERAGAK NAK MENGADA2 INSTALL PAPE ROM




Friday, 7 September 2012

DEFINISI RECOVERY MODE PADA ANDROID


Apakebende Recovery Mode Android?

Recovery mode Android tu rupenye menu Android yang biasa dgunakan utk recovery atau repair pape kerosakan software Android. dan xsume model de RECOVERY MODE ni.lau xde...so kena la install. Cara nk masuk ke recovery ni bergantung kepada model hp korang.Biasa nya dengan cara " tekan button on & volume up serentak " sampai kuar cmni....
* ade model yg guna volume down


Gunakan volume up n down utk pilih  n tekan home untuk select.

ANTARA KEGUNAAN RECOVERY MODE NI  ( do with your own risk )

* Upgrade software  (STOCK ROM ) 
Dalam recovery mode akan jumpa update.zip....dengan mengklik update.zip yg telah di save ke sd or device. So akan automatik update. ini kira kategori standart rom.

* Wipe data / cache data
= Membersihkan data ke asal (macam factory reset).
= Sesuai utk yg terlupa pasword or hp ter "lock" atau hp mcm xiklas nak beroperasi..lembab
= Data2 termasuk data game akan ilang kalau x backup.
= GOOGLE AKAUN kena setup balik.
= hilang no contact.
p/s : so pape back up dulu..tutorial akan mnyusul

Install / flash custom rom
= masuk kan pape custom rom yg mengikut model korang dalam sd card ,

p/s : pastikan recovery mode korang version terkini 
         pastikan ade " install zip from sd "klik then cari mana korang buh rom tadi n install









Saturday, 1 September 2012

whatsApp dh kena bayar???

Entah yer entah tidak....



whatsapp antara apps popular kat android utk mesej n share pic / video. Dengar kabonya dh kena bayar dalam $1.99 setahun....So bg korang yg nk menyedekahkan sebahagian pendapatan korang,bole la terus kan membayar..tp bg yg idup mmg nk free je...ni ada antara pengganti WhatsApp yg sama fungsi n mcm ade lbih baik cket kot...

KakaoTalk





Sama fungsinya... cuma ade tmbah2 sikit cm stiker gitu..best la gak.

Cubie messenger



cubie messenger...sama gak..but lg cm huru hara gayanya bila reramai main...siap leh lukis2 gitu. 
so try la search playmarket n install....tadaaaaaaa






Thursday, 30 August 2012

NAK ADA APPS SENDIRI KAT ANDROID???

Haaa...kengkadang korang mesti teragak nak ada apps sendiri kat android korang.Lebih2 lagi kalau korang ade produk or service yg nak diperkenalkan secara up to date...



pergi ke appsgeyser.com
register...
masuk kan korang nye BLOG atau WEBSITE atau FBOOK
cipta icon korang sendiri
n submit...
so nanti korang akan dapat link apps korang
so....enjoyyyy




* bole upload ke playstore



Wednesday, 29 August 2012

ANDROID DAN TENTERA ??

  White Sands, New Mexico - Telefon pintar berteknologi Android kini turut sama 'berperang' di medan peperangan untuk membantu tentera dengan mengenal pasti lokasi laluan & pasukan yang lain serta membantu membina taktikal sistem pertahanan pasukan selain sebagai peranti komunikasi di mana teknologi ini hanyadimiliki oleh tentera Amerika Syarikat menurut laporanFoxNews.com. Kini para tentera Amerika Syarikat dilaporkan sedang giat melakukan percubaan bagi peranti Motorola ATRIX dan Motorola GD300 dan lain - lain peranti di dalam simulasi peperangan sebenar.


Ujian peranti tersebut telah dilakukan dalam pelbagai ujian lasak dibentuk muka bumi dan situasi peperangan yang berbeza untuk memastikan teknologi ini tahan lasak bersesuai dengan kegunaan pihak tentera. Malah dari dalam kenderaan tentera juga, hulu balang tentera juga dilengkapi peranti tablet Motorola Xoom untuk mendapatkan laporan kedudukan lokasi tentera semasa serta memberi arahan taktikal kepada tentera yang berada jauh di dalam radius medan tempur. Setiap teknologi peranti ini telah direka khusus untuk kegunaan tentera Amerika Syarikat yang dibekalkan oleh syarikat pembekal peralatan pertahanan iaitu General Dynamics setelah mengambil alih syarikat Motorola's Integrated Information Systems Group.


"Sebelum ini untuk berkomunikasi dan memberi setiap arahan kepada pasukan tentera kami terpaksa menggunakan mikrofon melalui komunikasi radio, kini mereka hanya lakukan di skrin peranti mereka, " ujar Brigadier Komander Col. Daniel Pinnell malah turut memberi ulasan dengan setiap maklumat yang dikumpul oleh teknologi ini pihak tentera dapat memperkasakan taktikal pasukan tentera untuk menjadi pasukan yang kuat dan efisien di samping mengurangkan sebarang risiko yang di ambil.


Ketika di medan peperangan, para tentera tidak perlu mencari pancaran isyarat pembekal telekomunikasi seperti dari AT&T atau Virgin Mobile untuk telefon pintar mereka sebaliknya dihubungi oleh peranti USB sebagai sistem komunikasi radio untuk menghantar dan menerima data serta audio di dalam rangkaian yang dilindungi. Kemajuan teknologi ini adalah lebih jauh dari apa yang berada dipasaran walaupun peranti mungkin kelihatan sama. Setiap peranti ini dilengkapi dengan perisian Nett Warrior yang dibangunkan sendiri oleh pasukan tentera Amerika Syarikat dan bukannya sesuatu yang perisian atau aplikasi seperti Google Maps.
Pada 21 Mac 2012 yang lepas, pihak tentera Amerika Syarikat telah melancarkan versi terbaru prototaip yang diberi nama Army Software Marketplace iaitu sebuah laman web yang menyediakan muat turun aplikasi perisian bagi peranti yang telah disahkan di dalam rangkaian tentera. Aplikasi perisian ketenteraan seperti bantuan latihan, perancangan & maklumat ketenteraan, panduan peperangan & komunikasi semasa dan lain - lain amat membantu bagi para tentera dalam membentuk pasukan yang terbaik & sentiasa bersedia dengan maklumat terkini yang akan membantu di medan peperangan. Selain itu juga peranti ini dapat membantu tentera menghantar laporan visual atau berkomunikasi dari persekitaran medan peperangan yang getir secara terus kepada ahli pasukan yang lain dan rujukan pegawai pemerintah. Teknologi Android yang dilengkapi dengan berat bateri hanya 0.45359237 kilograms ini mampu bertahan sehingga 6 jam malah setiap tentera boleh mampu untuk membawa 5 unit bateri tambahan di dalam poket mereka di medan pertempuran.
SUMBER : Gombug.net
- Gombug.Net

PANDUAN SEBELUM MENAIKTARAF ANDROID KORANG




Sebelum kita masuk ke sesi upgrade n ke arah menjahanamkan hp android korang,sedikit panduan n nasihat utk disemak terlebih dahulu :

 * Pastikan rom tu utk model korang.
setiap model xsama romnye walaupun rom tu sama nama. n pastikan rom kira dh full n stable...biasanya siap
diberitahu status rom tu.

* Gunakan CWM or Recoverymode ikut version
Mmg ada yg suport. ade yg x.cwm mgikut version firmware. contoh kalu ICS...cari ics nye.
Nak lg senang search google utk cwm latest version.

* Pastikan rom yg nk diflash tu diyakini berhasil.
kalu terjumpa link kat blog2 pastikn baca dulu komen pengguna sbb ade rom yg masih diperingkt percubaan. byk apps yg xbole run.contoh bila pas flash,kamera xfungsi. So utk tidak rasa menjengkelkan ,sila rujuk rom tersebut dulu di website popular pembangun2 custom rom android seperti Xdadevelopers 

* sekiranya tersalah flash
Akan menyebabkan hp xidup terus..bahasa mudahnya ialah padan muka sbb x xplore dulu sblum guna.

* Jangan gabra
bila hp korang xidup or kuar logo download je sbb salah step....rileks...ce connect pc..jika masih detect...masih boleh dselamatkan...tutorial akan menyusul nanti

Tuesday, 28 August 2012

SOALAN2 POPULAR PENGGUNA ANDROID N YG BARU NAK MENCUBA ANDROID

S : BANG...SAYA ADE RM8 JUTA...APA ANDROID HP YG OK UNTUK SAYA ??


BERGANTUNG PADA PENGGUNAAN...PADA PENDAPAT AKU LA...KALAU GUNA HP YG BERIBU2 MAHALNYA..TP SETAKAT NK TAYANG N GUNA KENGKADANG JE WAT CALL N SMS..RASANYA CAM X BALOI KOT...MELAINKAN GUNA DGN SEPENUH ATI SAMA MCM KADAR HARGA HP TU NYE MAHALL... XSEMESTINYA TUKAR ROM OR UPGRADE...TP MENGGUNAPAKAI KELEBIHAN2 PADA HP TU SENDIRI TERMASUK APPS YG ADE DLM MARKET..LENJAN CUKUP2. 

LANGKAH2 NK MILIH LA KONON :

1 : CEK VERSION (LAGI TERBARU LAGI BAGUS) SKANG YG LATEST JELLY BEAN

2 : CEK JENAMA YG AGAK MUDAH NAK CARI SPARE PART OR ACCESSORI..
      CONTOH : SAMSUNG ( RAMAI YG GUNA SO BYK LA AKSESORI N BUATAN CHINA)
3 : CEK ENJIN (PEMPROSESAN) , MAKSUDNYA CAM SINGLE CORE,DUAL CORE..
      LG BYK CORE LG BAGUS SBB MCM ENJIN KETE LUMBA.
4 : PASTIKAN BUKAN SETAKAT ADE WIFI TP SLOT SIM (3G) ..SBB ADE KEGUNAANNYA
4 : ANTARA YG OK .....ASUS TRANSFORMERS,GALAXYTAB 10",GALAXY NOTE,S3 XYAH 
     CITE LA...DUIT 8 JUTA ...ANGKT JE LA

S : YOO BROOO!!! HP AKU NI KUAT MAKAN BATERY LAAA...CMNA YERR?? SEHARI SAMPAI 3 KALI CAS..

Sebenonya android mmg sgt2 mengunyah batery korang...so...sedikit tips la utk save kan pengggunaan batery...ni utk yg standart buta nye hp

1 : off kan gps kalau x guna.. setakat nk pegi toilet pun nk guna gps...tu mengada2

2 : jangan run live wallpaper....mmg la cantik...gerak sana gerak sini...sekali ngn batery pun 
     gerak sama.
3 : Tutup data connection kalau jenis xguna watapps or yg selalu update fb.
4 : tutup wifi kalau area tu dh mmg xde wifi atau korang guna line tp nk gak guna wifi.
5 : auto kan brightness kat display setting.
6 : tukar je rom standart tu ke custom..hehehehe...kalau batery tinggal 20%..tido x cas..sok 
      pagi 18%...2%  je luak....

S : BANG KARANG....AWEK WA SALAH MASUK PASWORD HP..XLEH MASUK 
       MENU LANGSUNG...CAMNA BANGGG...MATI OOO INI MACAM.......

Biasa berlaku.....konon x bg org nengok hp..last2 sendiri xdpt tgok
ade byk cara... tp xlah sebanyak bintang di langit...
so time ni la korang kena tau apa itu CWM or recoverymod...

recoverymod ni satu mode untuk korang flash balik firmware or reformat device korang guna hp tu gak... ok...setiap model x sama cara nk masuk ke cwm ni...so kena la korang google untuk model korang tu..

contoh biasa pada model samsung ialah :

 matikan hp... tekan button "on","volume up" n "home" secara serentak...

tunggu sampai nama samsung tu kuar then akan kuar cm pic kt bawah ni




pergi pada wipe data..."klik yes" then gi plak kat wipe cache...klik " yes" pastu reboot hp..

so jadilah cm standart..TAPIIIIII...........no tel ilang maaaa...so kena la backup awal2...
apps yg melambak korang install pun delete jgak...huhuhu..so backup la dari sekarang jgn tunggu dh ternganga baru nk back up.


detail mengenai penggunaan cwm ni akan diceritakan next time yer..
ngantuk lak nak menaip...